Muhammad Fikri, 21, telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan peralatan kamera bernilai RM25,000 dalam acara penyampaian hadiah di Bukit Jalil Golf and Country Resort.
Video pendek yang dihasilkan oleh Muhammad Fikri adalah berdasarkan kisah benar yang telah berlaku kepada rakannya pada tiga tahun yang lalu. "Semasa kejadian, apabila rakan saya baru sahaja selesai shif kerjanya di sebuah pusat membeli belah di Kuantan, dia telah diserang oleh penjenayah yang telah meletakkan bakul sampah di hadapan keretanya." katanya.
Dia juga menjelaskan bahawa para pelakon di dalam video tersebut adalah ahli keluarganya dan video tersebut merupakan projek keluarganya. Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Avranjit Singh yang telah memenangi wang tunai RM10,000 dan peralatan kamera bernilai RM10,000 dengan videonya yang bertajuk 'iCriminal'. Tempat ketiga pula dimenangi video bertajuk 'Jangan Jadi Sasaran Mudah' yang dihasilkan oleh Kareem Koh Su-Tshung yang memenangi RM5,000 dan peralatan kamera bernilai RM5,000.