Selasa, 22 Disember 2015

Cegah Crime Prevention Video Competition 2015

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah menganjurkan pertandingan Cegah Crime Prevention Video Competition pada 16 Disember 2015. Pelajar Cinematic Art Programme (CAP) dari Universiti Multimedia, Muhammad Fikri Mohd Zamri telah memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 dengan video 'The Parking Lot Story'.


Muhammad Fikri, 21, telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan peralatan kamera bernilai RM25,000 dalam acara penyampaian hadiah di Bukit Jalil Golf and Country Resort.

Video pendek yang dihasilkan oleh Muhammad Fikri adalah berdasarkan kisah benar yang telah berlaku kepada rakannya pada tiga tahun yang lalu. "Semasa kejadian, apabila rakan saya baru sahaja selesai shif kerjanya di sebuah pusat membeli belah di Kuantan, dia telah diserang oleh penjenayah yang telah meletakkan bakul sampah di hadapan keretanya." katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa para pelakon di dalam video tersebut adalah ahli keluarganya dan video tersebut merupakan projek keluarganya. Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Avranjit Singh yang telah memenangi wang tunai RM10,000 dan peralatan kamera bernilai RM10,000 dengan videonya yang bertajuk 'iCriminal'. Tempat ketiga pula dimenangi video bertajuk 'Jangan Jadi Sasaran Mudah' yang dihasilkan oleh Kareem Koh Su-Tshung yang memenangi RM5,000 dan peralatan kamera bernilai RM5,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan