Isnin, 23 November 2015

RAGE Dapat Sambutan Hangat

Sekitar 2000 peminat Anime (animasi Jepun) dari seluruh negara telah berkumpul di The Shore Shopping Mall, Melaka untuk menyertai Radical Anime Games Expo (RAGE) yang telah dianjurkan oleh Kelab Animasi Jepun (EMiNA), Universiti Multimedia Melaka pada 17-18 Oktober 2015.


Ekspo 2 hari tersebut telah diisi dengan penuh aktiviti yang menyeronokkan bagi meraikan kehebatan anime, komik dan permainan animasi. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Korindou dan dibawakan oleh The Shore Shopping Gallery. Para peminat anime mengambil kesempatan ini untuk meraikannya dengan mendapatkan kostum, video, dan permainan anime yang diminati. Pertandingan permainan animasi juga turut mendapat sambutan di ekspo ini.

Ekspo ini telah berjaya membuka mata masyarakat umum untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih jelas berkenaan anime dan juga untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap anime oleh golongan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan