Atos menganjurkan pertandingan Cabaran IT (IT Challenge) untuk mempromosi dan menggalakkan inovasi secara terbuka kepada universiti dan pelajar. Ia juga bertujuan menyokong golongan belia untuk merealisasikan idea mereka.
Golongan belia digalakkan menyertainya dan berkongsi idea-idea mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa ini yang menumpukan kepada inovasi teknologi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web: https://www.atositchallenge.net
Penyertaan melalui laman web tersebut dibuka dari 15 Oktober 2015 hingga 30 November 2015. Penyampaian anugerah kepada pemenang akan diadakan di Paris pada June 2016. Pertandingan tersebut bertemakan 'The right to be forgotten - Managing your online persona'. Hadiah utama bernilai EUR10k.
Bakat-bakat dari seluruh universiti dijemput menyertainya. Selamat berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan