Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan profesor di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan Pengarah, Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran di UKM. Beliau merupakan perunding dan penceramah terkemuka dalam bidang e-Pembelajaran, e-Kandungan dan Sumber Pembelajaran Terbuka (OER) di Asia. Penulisannya bertajuk 'Web 2.0 Tools in Education Series' telah merekodkan lebih 1.2 juta bacaan di Scribd.com. Aplikasi Web 2.0 yang telah dibangunkannya yang dikenali sebagai JiT2U (Just-in-time Training 2U) telah menarik perhatian warga pendidik dari lebih 110 negara dari seluruh dunia. Beliau juga kini merupakan Presiden Persatuan Pembelajaran Mudah Alih Malaysia.
Beliau telah menerima beberapa anugerah berprestij termasuklah anugerah ISESCO Price for Science & Technology 2010 (Technology), Anugerah Akademik Kebangsaan 2006 (Inovasi Pengajaran), Anugerah e-Pembelajaran Pengajian Tinggi 2014 (Penggerak e-Pembejaran/Personaliti, Fasilitator e-Pembelajaran Terbaik dan Kandungan Mudah Alih Terbaik).
Peningkatan trend dalam penggunaan pembelajaran secara online untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar telah mewujudkan cabaran kepada pendidik untuk menyampaikan idea-idea kepada pelajar dengan lebih berkesan. Menghasilkan kandungan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memerlukan infografik yang mengandungi maklumat, data dan pengetahuan yang disalurkan atau dipaparkan secara dinamik atau dalam bentuk animasi. Kemahiran ini adalah amat penting kepada pendidik masa kini yang perlu diketahui dan dikuasai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan