Khamis, 12 November 2015

ePembelajaran menggunakan Articulate Storyline 2

Articulate telah melancarkan sistem ePembelajaran terbaru mereka, Storyline 2. Articulate Storyline 2 merupakan cara yang mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan disesuaikan dengan ciri-ciri yang amat menarik untuk diketahui.

Articulate Storyline 2 amat popular dan mampu membawa ePembelajaran ke satu tahap yang baru seperti teknologi 'flash' tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan. Anda boleh membuat kandungan digital atau kuiz online dengan pantas menggunakan paparan atau antaramuka yang sesuai.


Antara ciri-ciri menarik ialah seperti navigasi berwarna yang boleh membantu pelajar membuat perbandingan. Teknik 'drag and drop' untuk membantu pelajar meneroka dan melatih kemahiran pembelajaran yang bersesuaian. Anda juga boleh membuat lakaran-lakaran gambarajah.

Kandungan digital ePembelajaran boleh meningkatkan minat pelajar untuk lebih mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran sekaligus meningkatkan kualiti pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan