Turut hadir bagi menyaksikan acara perasmian tersebut adalah Tun Zaki Tun Azmi, Canselor MMU; Tan Sri Dato' Ir. Muhammad Radzi Hj Mansor, Pro-Canselor MMU; Tan Sri Dato' Seri Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM/MMU; Prof. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, Naib Presiden (Akademik) MMU; Prof. Dr. Elizabeth Daley, Dean of School of Cinematic Arts (SCA), University of Southern California (USC) dan lebih 200 tetamu jemputan.
Melahirkan kegembiraannya di majlis pelancaran tersebut, Mohamed Khaled berkata, "Kampus ini akan membuka lembaran baru dalam pengembangan kreativiti di Malaysia kesinambungan dari kewujudan keperluan baru terhadap tenaga kerja untuk menghasilkan kandungan cinematik yang berkualiti. Saya yakin sepenuhnya MMU Nusajaya akan memacu perkembangan bakat dalam menghasilkan juruanimasi, penyelidik, pendidik, penulis, editor, pakar bunyi dan eksekutif yang bertaraf dunia".
Kampus tersebut dibina bertujuan untuk menawarkan program kursus Sarjana Muda Seni Sinematik (CAP), program khusus Fakulti Seni Sinematik (FCA). Memulakan operasinya pada tahun 2014, CAP telah dibangunkan dengan kerjasama SCA untuk melahirkan generasi baru pakar visual di Malaysia dan Asia. Di kawasan 45,000 kaki persegi, kampus ini boleh menampung sehingga 500 orang pelajar dan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelajarnya seperti perpustakaan digital/pusat sumber media, galeri, makmal pos produksi, pentas rakaman, studio rakaman, dan bengkel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan