Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh mantan Presiden Universiti Multimedia, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon manakala upacara penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohd Diah di Dewan Peperiksaan Universiti Multimedia Melaka. Lebih dari 50 kumpulan peserta dari dalam dan luar negara telah mempamerkan rekaan dan inovasi masing-masing untuk bertanding dalam pelbagai kategori pertandingan seperti Mekanikal/Material, Elektronik/ICT dan Teknologi Hijau/Bioteknologi. Lebih 250 pengunjung turut memeriahkan acara tersebut.
Dalam acara pembukaan, Timbalan Presiden (Akademik) Multimedia Universiti, Prof. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, dalam ucapannya telah menyentuh tentang kepentingan universiti untuk memainkan peranan penting dalam menbangunkan pemikiran berinovasi untuk memcipta lebih banyak idea-idea baru untuk penyelidikan dan perkomersialan.
Dalam acara tersebut juga, Guru Kimia dari SMK La Salle Petaling Jaya, Cikgu Yasmin Noorul Amin yang merupakan salah seorang guru terkemuka dalam senarai 50 teratas anugerah Varkey GEMS Foundation Global Teacher Prize turut berkongsi pengalamannya kepada para peserta dan pengunjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan