Rabu, 11 November 2015

I Want to Be a Film Maker

Rancangan realiti terbaru 'I Want to Be a Film Maker' telah mengakhiri kerja-kerja produksi di Multimedia Universiti (MMU) Cyberjaya pada akhir Oktober 2015 yang lalu. Program tersebut dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Metrowealth (MIG) bertujuan mencari bakat-bakat baru untuk industri kreatif Malaysia.

Rancangan berdurasi 1 jam itu mempunyai beberapa episod dimana setiap episod menampilkan peserta-peserta yang diberi tugasan berkaitan pembikinan filem. Tugasan yang diberi merangkumi kerja-kerja pra-produksi sehinggalah kerja-kerja pos-produksi. Pemenang akan dianugerahkan biasiswa untuk mengikuti program pengajian 'Cinematic Arts' di MMU Nusajaya, Johor. Biasiswa akan ditaja oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM). Hadiah lain yang ditawarkan ialah peluang untuk menimba pengalaman industri di Pinewood Iskandar Malaysia Studios dan Metrowealth (MIG).


CEO Metrowealth, David Teo dilantik sebagai juri tetap disamping juri undangan yang lain. Rancangan tersebut juga akan menampilkan tokoh-tokoh korporat daripada Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dan Telekom Malaysia (TM).

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan hebat ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan