Khamis, 19 November 2015

Keselamatan ICT #2 - Peras Ugut Siber

Peras ugut siber merupakan jenayah yang melibatkan serangan atau ancaman yang disertakan dengan permintaan habuan dalam bentuk wang dan sebagainya. Serangan atau ancaman hanya dihentikan sekiranya permintaan penyerang dipenuhi.

Antara kaedah yang digunapakai adalah dengan melakukan serangan 'Denial of Service' (DoS) terhadap laman web mangsa sambil memberi ugutan untuk mendapatkan wang bagi menghentikan serangan siber yang dilakukan.


Ada juga penyerang yang menghantar emel ugutan kepada mangsa yang mengugut untuk menyebarkan maklumat sulit syarikat atau maklumat peribadi mangsa.

Sila lapor kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima apa-apa ugutan melalui siber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan