Oleh itu, keperluan untuk meggalakkan pembelajaran yang berterusan seperti e-pembelajaran dan sebagainnya amat penting untuk memastikan tenaga kerja kita terus dilengkapi dengan kemahiran terkini yang diperlukan oleh industri masing-masing. Kajian terkini menunjukkan bahawa adalah amat penting untuk memperkenalkan Pengurusan Pengetahuan atau Knowledge Management (KM) kepada sistem e-pembelajaran. Pengurusan Pengetahuan merupakan integrasi antara beberapa kajian dari aplikasi kepada teknologi baru untuk memupuk modal intelektual kepada sesuatu organisasi.
Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan harian ialah kaedah untuk menyeimbangkan tekanan pekerjaan dengan keluarga dan kehidupan sosial. Hari ini, kebanyakan pekerjaan telah menyumbang kepada tekanan dan cara hidup yang tidak sihat yang lebih menumpukan kepada urusan pekerjaan berbanding urusan peribadi dan hubungan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan