Pihak kementerian pengajian tinggi telah membuka permohonan untuk MyLAB kepada semua IPT bermula 1 September 2015 - 30 November 2015. Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://mygrants.gov.my
Isnin, 30 November 2015
Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan industri. Program ini adalah untuk menyokong pertumbuhan teknologi dan inovasi serta pemindahan ilmu dan pengetahuan secara sistematik.
Pihak kementerian pengajian tinggi telah membuka permohonan untuk MyLAB kepada semua IPT bermula 1 September 2015 - 30 November 2015. Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://mygrants.gov.my
Pihak kementerian pengajian tinggi telah membuka permohonan untuk MyLAB kepada semua IPT bermula 1 September 2015 - 30 November 2015. Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://mygrants.gov.my
Rabu, 25 November 2015
Peranan sistem pembelajaran dan pengetahuan dalam memupuk keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan seharian.
Perkembangan pesat dalam teknologi telah mentranformasi dunia kita kepada masyarakat yang berpengetahuan. Sistem pembelajaran dan pengetahuan telah memainkan peranan yang penting dalam kemampanan perniagaan masakini. Tenaga kerja telah berevolusi daripada sistem tradisional berkemahiran tunggal kepada kemahiran yang pelbagai dan mampu melaksana pelbagai tugasan dalam satu peranan.
Oleh itu, keperluan untuk meggalakkan pembelajaran yang berterusan seperti e-pembelajaran dan sebagainnya amat penting untuk memastikan tenaga kerja kita terus dilengkapi dengan kemahiran terkini yang diperlukan oleh industri masing-masing. Kajian terkini menunjukkan bahawa adalah amat penting untuk memperkenalkan Pengurusan Pengetahuan atau Knowledge Management (KM) kepada sistem e-pembelajaran. Pengurusan Pengetahuan merupakan integrasi antara beberapa kajian dari aplikasi kepada teknologi baru untuk memupuk modal intelektual kepada sesuatu organisasi.
Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan harian ialah kaedah untuk menyeimbangkan tekanan pekerjaan dengan keluarga dan kehidupan sosial. Hari ini, kebanyakan pekerjaan telah menyumbang kepada tekanan dan cara hidup yang tidak sihat yang lebih menumpukan kepada urusan pekerjaan berbanding urusan peribadi dan hubungan keluarga.

Selasa, 24 November 2015
Bengkel Merekabentuk Kandungan Pembelajaran Melibatkankan Informasi dan Animasi
Hari ini berlangsungnya Bengkel Khusus dalam Merekabentuk Pembelajaran Berkesan Abad ke 21 kali ke-5 yang membawa tajuk Merekabentuk Kandungan Pembelajaran Melibatkan Animasi dan Informasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan profesor di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan Pengarah, Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran di UKM. Beliau merupakan perunding dan penceramah terkemuka dalam bidang e-Pembelajaran, e-Kandungan dan Sumber Pembelajaran Terbuka (OER) di Asia. Penulisannya bertajuk 'Web 2.0 Tools in Education Series' telah merekodkan lebih 1.2 juta bacaan di Scribd.com. Aplikasi Web 2.0 yang telah dibangunkannya yang dikenali sebagai JiT2U (Just-in-time Training 2U) telah menarik perhatian warga pendidik dari lebih 110 negara dari seluruh dunia. Beliau juga kini merupakan Presiden Persatuan Pembelajaran Mudah Alih Malaysia.
Beliau telah menerima beberapa anugerah berprestij termasuklah anugerah ISESCO Price for Science & Technology 2010 (Technology), Anugerah Akademik Kebangsaan 2006 (Inovasi Pengajaran), Anugerah e-Pembelajaran Pengajian Tinggi 2014 (Penggerak e-Pembejaran/Personaliti, Fasilitator e-Pembelajaran Terbaik dan Kandungan Mudah Alih Terbaik).
Peningkatan trend dalam penggunaan pembelajaran secara online untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar telah mewujudkan cabaran kepada pendidik untuk menyampaikan idea-idea kepada pelajar dengan lebih berkesan. Menghasilkan kandungan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memerlukan infografik yang mengandungi maklumat, data dan pengetahuan yang disalurkan atau dipaparkan secara dinamik atau dalam bentuk animasi. Kemahiran ini adalah amat penting kepada pendidik masa kini yang perlu diketahui dan dikuasai.

Isnin, 23 November 2015
RAGE Dapat Sambutan Hangat
Sekitar 2000 peminat Anime (animasi Jepun) dari seluruh negara telah berkumpul di The Shore Shopping Mall, Melaka untuk menyertai Radical Anime Games Expo (RAGE) yang telah dianjurkan oleh Kelab Animasi Jepun (EMiNA), Universiti Multimedia Melaka pada 17-18 Oktober 2015.
Ekspo 2 hari tersebut telah diisi dengan penuh aktiviti yang menyeronokkan bagi meraikan kehebatan anime, komik dan permainan animasi. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Korindou dan dibawakan oleh The Shore Shopping Gallery. Para peminat anime mengambil kesempatan ini untuk meraikannya dengan mendapatkan kostum, video, dan permainan anime yang diminati. Pertandingan permainan animasi juga turut mendapat sambutan di ekspo ini.
Ekspo ini telah berjaya membuka mata masyarakat umum untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih jelas berkenaan anime dan juga untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap anime oleh golongan masyarakat.

Jumaat, 20 November 2015
International Engineering & Technology Exhibition (IETE)
International Engineering & Technology Exhibition (IETE) telah dianjurkan oleh Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Universiti Multimedia pada 23 Oktober 2015. Acara tersebut mensasarkan untuk membudayakan aktiviti inovasi di kalangan pelajar dan menyediakan platform untuk perbincangan, membina rangkaian dan kerjasama dikalangan pelajar.
Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh mantan Presiden Universiti Multimedia, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon manakala upacara penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohd Diah di Dewan Peperiksaan Universiti Multimedia Melaka. Lebih dari 50 kumpulan peserta dari dalam dan luar negara telah mempamerkan rekaan dan inovasi masing-masing untuk bertanding dalam pelbagai kategori pertandingan seperti Mekanikal/Material, Elektronik/ICT dan Teknologi Hijau/Bioteknologi. Lebih 250 pengunjung turut memeriahkan acara tersebut.
Dalam acara pembukaan, Timbalan Presiden (Akademik) Multimedia Universiti, Prof. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, dalam ucapannya telah menyentuh tentang kepentingan universiti untuk memainkan peranan penting dalam menbangunkan pemikiran berinovasi untuk memcipta lebih banyak idea-idea baru untuk penyelidikan dan perkomersialan.
Dalam acara tersebut juga, Guru Kimia dari SMK La Salle Petaling Jaya, Cikgu Yasmin Noorul Amin yang merupakan salah seorang guru terkemuka dalam senarai 50 teratas anugerah Varkey GEMS Foundation Global Teacher Prize turut berkongsi pengalamannya kepada para peserta dan pengunjung.

Khamis, 19 November 2015
Keselamatan ICT #2 - Peras Ugut Siber
Peras ugut siber merupakan jenayah yang melibatkan serangan atau ancaman yang disertakan dengan permintaan habuan dalam bentuk wang dan sebagainya. Serangan atau ancaman hanya dihentikan sekiranya permintaan penyerang dipenuhi.
Antara kaedah yang digunapakai adalah dengan melakukan serangan 'Denial of Service' (DoS) terhadap laman web mangsa sambil memberi ugutan untuk mendapatkan wang bagi menghentikan serangan siber yang dilakukan.
Ada juga penyerang yang menghantar emel ugutan kepada mangsa yang mengugut untuk menyebarkan maklumat sulit syarikat atau maklumat peribadi mangsa.
Sila lapor kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima apa-apa ugutan melalui siber.

Rabu, 18 November 2015
LEVEL UP KL 2015, South East Asia's Premier Games Industry Conference
Multimedia Development Corporation (MDEC) membuka penyertaan untuk LEVEL UP KL 2015, konferens untuk komuniti pembangunan perisian pemainan di peringkat Asia Tenggara.
Lebih 40 penceramah jemputan dari seluruh dunia akan berkongsi pengalaman, isu semasa dan masa hadapan di acara ini.
Acara ini berlangsung lanjutan daripada acara tahunan ASEAN Entrepreneurship Summit (1AES) yang diadakan di DoubleTree by Hilton Hotel Ballroom, Kuala Lumpur, dari 18 hingga 19 November 2015.
LEVEL UP KL 2015 menggabungkan pemain Industri Permainan yang kini sedang berkembang pesat di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Makluman lanjut boleh diperolehi di laman web http://www.lvlupkl.com
Daftarlah sekarang untuk menikmati diskaun hebat!

Selasa, 17 November 2015
Bengkel Membina Laman Web dan Asas Perniagaan Online
Bengkel Membina Laman Web dan Asas Perniagaan Online akan dianjurkan oleh Centre for Diploma Programme (CDP) Multimedia University dengan kerjasama SME Cloud Sdn. Bhd. Bengkel 1 hari ini dibuka kepada umum dan pelajar/staf yang berminat untuk mempelajari kemahiran baru dalam pembangunan laman web dan perniagaan online. Bengkel ini amat bersesuaian untuk mereka yang tidak memiliki kemahiran asas IT dan juga untuk penulis blog yang perlu menggunakan khidmat "web hosting" dan nama domain.
Bengkel tersebut akan diadakan pada 20 November 2015 dari jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di CDP Programming Lab, Tingkat 1, Blok A, MMU Melaka. Yuran penyertaan hanya RM100.00. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang juga disediakan. Bengkel akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan semua peralatan komputer akan disediakan oleh pihak penganjur.
Peserta akan diberi satu nama domain .com.my dan .my setiap satu dan percuma untuk setahun bersama hosting bersaiz 10GB yang ditaja oleh MYNIC. Hadiah saguhati dan sijil juga disediakan.
Penyertaan boleh dihantar melalui borang online di http://bit.ly/1NDGtzr
Pendaftaran dan pembayaran dibuka sehingga 18 November 2015.
Anda yang berminat dijemput mendaftar dengan segera.
Jumaat, 13 November 2015
Atos IT Challenge
Atos menganjurkan pertandingan Cabaran IT (IT Challenge) untuk mempromosi dan menggalakkan inovasi secara terbuka kepada universiti dan pelajar. Ia juga bertujuan menyokong golongan belia untuk merealisasikan idea mereka.
Golongan belia digalakkan menyertainya dan berkongsi idea-idea mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa ini yang menumpukan kepada inovasi teknologi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web: https://www.atositchallenge.net
Penyertaan melalui laman web tersebut dibuka dari 15 Oktober 2015 hingga 30 November 2015. Penyampaian anugerah kepada pemenang akan diadakan di Paris pada June 2016. Pertandingan tersebut bertemakan 'The right to be forgotten - Managing your online persona'. Hadiah utama bernilai EUR10k.
Bakat-bakat dari seluruh universiti dijemput menyertainya. Selamat berjaya!

Khamis, 12 November 2015
ePembelajaran menggunakan Articulate Storyline 2
Articulate telah melancarkan sistem ePembelajaran terbaru mereka, Storyline 2. Articulate Storyline 2 merupakan cara yang mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan disesuaikan dengan ciri-ciri yang amat menarik untuk diketahui.
Articulate Storyline 2 amat popular dan mampu membawa ePembelajaran ke satu tahap yang baru seperti teknologi 'flash' tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan. Anda boleh membuat kandungan digital atau kuiz online dengan pantas menggunakan paparan atau antaramuka yang sesuai.
Antara ciri-ciri menarik ialah seperti navigasi berwarna yang boleh membantu pelajar membuat perbandingan. Teknik 'drag and drop' untuk membantu pelajar meneroka dan melatih kemahiran pembelajaran yang bersesuaian. Anda juga boleh membuat lakaran-lakaran gambarajah.
Kandungan digital ePembelajaran boleh meningkatkan minat pelajar untuk lebih mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran sekaligus meningkatkan kualiti pembelajaran.

Rabu, 11 November 2015
I Want to Be a Film Maker
Rancangan realiti terbaru 'I Want to Be a Film Maker' telah mengakhiri kerja-kerja produksi di Multimedia Universiti (MMU) Cyberjaya pada akhir Oktober 2015 yang lalu. Program tersebut dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Metrowealth (MIG) bertujuan mencari bakat-bakat baru untuk industri kreatif Malaysia.
Rancangan berdurasi 1 jam itu mempunyai beberapa episod dimana setiap episod menampilkan peserta-peserta yang diberi tugasan berkaitan pembikinan filem. Tugasan yang diberi merangkumi kerja-kerja pra-produksi sehinggalah kerja-kerja pos-produksi. Pemenang akan dianugerahkan biasiswa untuk mengikuti program pengajian 'Cinematic Arts' di MMU Nusajaya, Johor. Biasiswa akan ditaja oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM). Hadiah lain yang ditawarkan ialah peluang untuk menimba pengalaman industri di Pinewood Iskandar Malaysia Studios dan Metrowealth (MIG).
CEO Metrowealth, David Teo dilantik sebagai juri tetap disamping juri undangan yang lain. Rancangan tersebut juga akan menampilkan tokoh-tokoh korporat daripada Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dan Telekom Malaysia (TM).
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan hebat ini...

Jumaat, 6 November 2015
Keselamatan ICT #1 - Jangan gunakan perisian yang telah tamat tempoh.
Perisian tamat tempoh mempunyai banyak risiko yang berbahaya kepada pengguna. Lazimnya, sebahagian pengguna tidak mengendahkan bila tarikh tamat tempoh perisian yang digunakan oleh mereka. Ini mengundang pelbagai risiko kepada mereka tanpa disedari.
Risiko utama adalah mereka akan kehilangan khidmat sokongan terhadap produk perisian yang digunakan. Khidmat sokongan membolehkan pengguna mendapatkan 'patches' keselamatan yang terkini daripada pengeluar produk. Ini akan mendedahkan pengguna kepada ancaman 'malware' yang sudah tentu akan menyebabkan satu tugasan yang sukar untuk dibaikpulih.
Disamping itu, penggunaan perisian yang tamat tempoh juga biasanya akan mempunyai kelemahan yang tidak diketahui oleh pengguna dan boleh menyebabkan gangguan kepada operasi perisian yang digunakan. Gangguan kepada operasi perisian bermakna perisian tersebut tidak berfungsi sepenuhnya dan hanya membebankan sistem komputer anda.
Perisian yang tamat tempoh tidak akan dapat digunakan selama-selamanya. Dengan perkembangan teknologi perisian yang amat pantas, perisian yang anda gunakan mungkin sudah ketinggalan dan tidak lagi sesuai dengan peralatan atau perkakasan komputer yang baru.
Pastikan anda bebas dari perisian yang didapati telah tamat tempoh.

Langgan:
Ulasan (Atom)