Sabtu, 30 Januari 2016

'Star Wars' dan Revolusi Kemunculan Pawagam Holografik

Menurut Pengarah Kreatif ILMxLAB, John Gaeta, teknologi holografik bakal memberi kejutan yang baru kepada kita. Menurutnya lagi, teknologi holografik mungkin ada digunakan di pawagam pada suatu hari nanti.

Satu pertunjukan di Festival Filem Sundance baru-baru ini telah mempamerkan penggunaan teknologi 'Holo-Cinema' untuk satu babak filem 'Star Wars'. Holo-Cinema menggunakan satu alat cermin mata khusus. Cermin mata ini membolehkan paparan dilakukan dalam bentuk 3D dan muncul seakan-akan sama seperti bentuk fizikal sebenar sesuatu objek.


ILMxLAB, anak syarikat Lucasfilm, percaya rekaan Holo-Cinema oleh mereka bakal mendapat tempat di masa hadapan. Ianya membolehkan penonton berasa seakan-akan mereka berada di dalam filem.

Sumber: Engadget

Khamis, 28 Januari 2016

100 juta jam video ditonton di Facebook setiap hari. 1 billion pengguna Facebook.

Menurut pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, Facebook kini semakin berkembang dengan menyaksikan 100 juta jam video ditonton di Facebook setiap hari.

Terdapat kira-kira 1 billion pengguna Facebook setiap bulan. 80 juta pula menggunakan Facebook Lite, versi Facebook untuk negara-negara yang masih membangun dan hanya mempunyai akses Internet berkelajuan rendah.


Facebook kini mempunyai sekitar 2.5 juta pengiklan. Berbillion komen telah ditulis di laman web tersebut dan membuatkan Facebook kini merancang untuk meggalakkan lebih ramai penggunanya menggunakan aplikasi Messenger untuk berkomunikasi.

Facebook kini semakin menyaingi YouTube dari segi tontonan video dan juga semakin berkembang di negara-negara membangun. Ia bukan sahaja menarik perhatian pengguna biasa malah juga turut menarik minat perniagaan.

Facebook juga masih berjaya menarik pengguna-pengguna telefon pintar walaupun terpaksa bersaing dengan aplikasi popular telefon pintar seperti Snapchat dan Instagram.

Dengan masih lagi banyak digunakan dalam kehidupan seharian dan juga kebergantungan banyak aplikasi terhadap Facebook, ia dijangka akan terus berkembang di masa akan datang.

Sumber: TechCrunch

Ahad, 24 Januari 2016

Tips ICT #1 - Lupakan Facebook App. Guna Laman Web Facebook Versi Mobil Adalah Lebih Mudah.

Facebook App untuk Android dan iPhone tidak begitu bagus sebenarnya. App untuk iPhone boleh menyebabkan bateri lebih cepat habis manakala untuk Android pula selalu 'crash'.

Sebagai alternatif anda boleh menggunakan laman web Facebook versi mobil. Taipkan sahaja facebook.com dan log masuk. Laman web Facebook versi mobil mempunyai fungsi yang sama seperti Facebook App dan mungkin lebih baik lagi.


Anda juga boleh menggunakan laman web mobil untuk laman web media sosial yang lain seperti Twitter dan sebagainya.

Sabtu, 23 Januari 2016

Windows 10, Intel bakal memacu permintaan untuk komputer peribadi.

Pertumbuhan negatif dalam pasaran komputer peribadi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemain industri yang kini sedang giat berusaha untuk merancakkannya kembali. Antara teknologi terbaru yang menjadi harapan mereka untuk membantu adalah pengenalan kepada Windows 10 dan teknologi pemprosesan Intel terbaru Skylake.

Walaupun ianya mungkin tidak mencukupi namun Intel, Microsoft dan rakan-rakan perniagaan mereka yang lain sedang berusaha untuk memastikan perniagaan dan pengguna memahami keperluan untuk menaiktaraf komputer peribadi mereka. Pihak Intel percaya bahawa terdapat antara 500-750 juta komputer peribadi yang kini telah berusia antara 4-7 tahun dan merancang untuk melancarkan kempen untuk meyakinkan masyarakat tentang tentang keperluan untuk menaiktaraf komputer peribadi mereka yang mungkin kini telah perlahan, kurang berkuasa dan tidak lagi relevan untuk keperluan semasa.

Intel kini memperkenalkan produk terbaru mereka seperti ultrabook dan pelbagai komputer peribadi terbaru yang lebih berkuasa, kecil dan ringan untuk menggalakkan para pengguna beralih kepada model-model terbaru. Strategi ini kebiasaanya berkesan untuk organisasi perniagaan yang besar. Sebelum ini, apabila Microsoft melancarkan sistem operasi terbaru mereka, pasaran akan cuba membuat penyesuaian terhadap keperluan ini dalam tempoh 3-4 tahun. Apabila pengguna beralih kepada sistem operasi yang baru, mereka juga biasanya akan turut membeli komputer peribadi yang baru. Pihak industri yakin bahawa permintaan untuk segmen komputer peribadi dalam teknologi maklumat akan mula meningkat mulai tahun depan.

Walaubagaimanapun pihak pengguna kini semakin sukar untuk bertindak seperti kebiasaanya. Ini disebabkan banyak komputer peribadi yang berusia ini masih banyak digunakan dan masih beroperasi dengan baik. Ini disebabkan komputer peribadi yang dihasilkan sedekad yang lalu telah dihasilkan dengan kawalan kualiti yang baik. Sememangnya akan ada berlaku masalah dari segi papan litar, perisian, dan storan namun kebanyakannya akan mampu bertahan sehingga 5 tahun atau mungkin lebih lama jika diselenggara dengan baik.

Pihak industri percaya pengenalan beberapa produk baru  Microsoft Surface Pro 3, Dell XPS 13 dan Lenovo Yoga 3 Pro mampu mendapat perhatian.

Sumber: PCMag

Jumaat, 22 Januari 2016

Data Besar Multimedia

Perkembangan semasa dalam teknologi multimedia telah memacu persekitaran mampu membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Ini menyaksikan perubahan yang jelas dalam kehidupan seharian kita seperti pembelian online, melancong dan bersosial.

Peningkatan dalam penggunaan data multimedia yang kompleks telah membuka cabaran baru kepada kita di mana kuantiti data begitu besar dan teknologi yang dianggap ketinggalan mungkin tidak mampu menampungnya.

Para penyelidik dan profesional ketika ini sedang giat untuk mengkaji peluang, cabaran, penyelesaian dan aplikasi yang diperlukan untuk bidang ini. Ini boleh dilihat dari beberapa aspek seperti:
  • Strategi untuk menangani data besar.
  • Teori dan aplikasi untuk menganalisis data besar.
  • Analisis kandungan dan perlombongan data besar multimedia.
  • Pembelajaran data besar.
  • Perkomputeran awan untuk data besar multimedia.
  • Interaksi data besar multimedia.
  • Pengenalan objek data besar multimedia.
  • Pembelajaran semantik untuk data besar.




Khamis, 21 Januari 2016

Data percuma adalah ancaman terbaru terhadap hak kesamarataan Internet.

Umum mengetahui ketika ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk menawarkan data percuma untuk penggunaan aplikasi tertentu seperti YouTube, Whatsapp, WeChat dan sebagainya. Kebiasaannya pihak telko akan menetapkan had kouta tertentu untuk langganan perkhidmatan Internet. Mereka kemudiannya akan menawarkan data percuma untuk beberapa aplikasi online tertentu dan tidak termasuk dalam kouta data internet yang telah dilanggan.

Perkara ini nampak seakan memberi manfaat yang besar kepada pengguna dengan menawarkan penjimatan yang hebat. Namun begitu ia sebenarnya memberi impak yang besar terhadap hak kesamarataan Internet. Secara asasnya, semua bahan di internet harus diberi hak yang sama. Sebagai analogi, kita tidak dikenakan caj penggunaan elektrik yang berlainan untuk penggunaan peti sejuk atau televisyen di rumah. Hak yang sama juga harus diberi kepada mana-mana laman web atau aplikasi yang masih baru dan memerlukan akses kepada pasaran internet.


Hak yang sama di Internet sebenarnya banyak memberi kebaikan untuk jangka masa panjang dan menggalakkan persaingan yang sihat. Jika ada mana-mana aplikasi yang baru dan dapat memberi saingan kepada aplikasi popular sedia ada seperti YouTube, Whatsapp dan sebagainya, tentunya mereka lebih mudah memberi saingan. Ini akan memberi pilihan yang lebih adil kepada pengguna.

Rabu, 20 Januari 2016

Dana Wikipedia membantu laman web tersebut terus kekal di masa hadapan

Wikipedia kini telah berusia 15 tahun namun anda mungkin tidak mengetahui mengenai dana yang membantunya terus kekal hingga kini. Laman web tersebut dikelola oleh Yayasan Wikipedia (Organisasi Induk) dan kini telah melancarkan tabung Wikipedia untuk terus menyokong Wikipedia. Matlamatnya adalah untuk mengumpul sehingga USD 100 juta bagi tempoh 10 tahun akan datang. Ini bagi membolehkannya terus mempunyai ruang untuk berkembang.


Tabungan berkenaan amat diperlukan bagi memastikan ia terus mampu memberikan maklumat secara percuma dan bebas iklan. Perancangan juga dilakukan untuk menambah lebih banyak video dan juga penyesuaian untuk medium mudah alih. Perkara ini sememangnya memerlukan kos wang secukupnya.

Sumber: Engadget

Jumaat, 15 Januari 2016

Samsung bakal menjadi pembekal utama panel OLED iPhone

Memang banyak khabar angin kebelakangan ini berkenaan cadangan untuk menggunakan panel OLED untuk iPhone selepas ini. Penggunaannya dikatakan akan bermula pada 2018 dan melihat pada skala pengeluaran iPhone kebelakangan ini, penggunaannya boleh dikatakan hampir pasti. OLED adalah singkatan kepada "Organic light-emitting diode".


Melihat kepada pasaran panel OLED pada ketika ini, jelas bahawa hanya beberapa pihak yang mampu membekalkannya pada jumlah yang besar dan ada spekulasi mengatakan bahawa Samsung akan bertindak sebagai pembekal utama. Spekulasi juga turut mengaitkan penglibatan syarikat gergasi dari Jepun untuk turut sama terlibat untuk memenuhi permintaan iPhone.


Setakat ini tiada lagi mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi namun sumber dari pihak industri terlibat mengatakan bahawa perjanjian diantara Apple dan Samsung telah pun dimeterai. Sumber ini dikuatkan lagi berdasarkan kepada beberapa perkembangan semasa setakat ini.

Samsung ketika ini telah merancang untuk membuat pelaburan antara USD 6.64 hingga USD 7.47 billion dalam perniagaan mereka. Ini termasukkan untuk peralatan, kemudahan kilang dan tenaga kerja untuk meningkatkan lagi pengeluaran mereka. Pada tahun ini sahaja pelaburan diantara USD 2.49 billion hingga USD 3.32 billion digunakan untuk memastikan tahap pengeluaran sekitar 30,000 hingga 45,000 OLED setiap bulan, diikuti tambahan USD 4.17 billion untuk pengeluaran 45,000 OLED setiap bulan pada tahun 2017.

Adakah iPhone 7 atau iPhone 8 nanti bakal menggunakan skrin OLED? Sama-sama kita nantikan...


Sumber: GSMArena

Rabu, 6 Januari 2016

"I Want To Be A Film Maker" kini di saluran HyppInspirasi!

Saksikan program realiti I Want To Be A Film Maker setiap Rabu, jam 10 malam di saluran HyppInspirasi.


Rancangan Realiti TV ini menampilkan 12 orang peserta dan ditayangkan bermula 16 Disember 2015.