Khamis, 21 Januari 2016

Data percuma adalah ancaman terbaru terhadap hak kesamarataan Internet.

Umum mengetahui ketika ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk menawarkan data percuma untuk penggunaan aplikasi tertentu seperti YouTube, Whatsapp, WeChat dan sebagainya. Kebiasaannya pihak telko akan menetapkan had kouta tertentu untuk langganan perkhidmatan Internet. Mereka kemudiannya akan menawarkan data percuma untuk beberapa aplikasi online tertentu dan tidak termasuk dalam kouta data internet yang telah dilanggan.

Perkara ini nampak seakan memberi manfaat yang besar kepada pengguna dengan menawarkan penjimatan yang hebat. Namun begitu ia sebenarnya memberi impak yang besar terhadap hak kesamarataan Internet. Secara asasnya, semua bahan di internet harus diberi hak yang sama. Sebagai analogi, kita tidak dikenakan caj penggunaan elektrik yang berlainan untuk penggunaan peti sejuk atau televisyen di rumah. Hak yang sama juga harus diberi kepada mana-mana laman web atau aplikasi yang masih baru dan memerlukan akses kepada pasaran internet.


Hak yang sama di Internet sebenarnya banyak memberi kebaikan untuk jangka masa panjang dan menggalakkan persaingan yang sihat. Jika ada mana-mana aplikasi yang baru dan dapat memberi saingan kepada aplikasi popular sedia ada seperti YouTube, Whatsapp dan sebagainya, tentunya mereka lebih mudah memberi saingan. Ini akan memberi pilihan yang lebih adil kepada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan