Melihat kepada pasaran panel OLED pada ketika ini, jelas bahawa hanya beberapa pihak yang mampu membekalkannya pada jumlah yang besar dan ada spekulasi mengatakan bahawa Samsung akan bertindak sebagai pembekal utama. Spekulasi juga turut mengaitkan penglibatan syarikat gergasi dari Jepun untuk turut sama terlibat untuk memenuhi permintaan iPhone.
Setakat ini tiada lagi mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi namun sumber dari pihak industri terlibat mengatakan bahawa perjanjian diantara Apple dan Samsung telah pun dimeterai. Sumber ini dikuatkan lagi berdasarkan kepada beberapa perkembangan semasa setakat ini.
Samsung ketika ini telah merancang untuk membuat pelaburan antara USD 6.64 hingga USD 7.47 billion dalam perniagaan mereka. Ini termasukkan untuk peralatan, kemudahan kilang dan tenaga kerja untuk meningkatkan lagi pengeluaran mereka. Pada tahun ini sahaja pelaburan diantara USD 2.49 billion hingga USD 3.32 billion digunakan untuk memastikan tahap pengeluaran sekitar 30,000 hingga 45,000 OLED setiap bulan, diikuti tambahan USD 4.17 billion untuk pengeluaran 45,000 OLED setiap bulan pada tahun 2017.
Adakah iPhone 7 atau iPhone 8 nanti bakal menggunakan skrin OLED? Sama-sama kita nantikan...
Sumber: GSMArena


Tiada ulasan:
Catat Ulasan