Menurut pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, Facebook kini semakin berkembang dengan menyaksikan 100 juta jam video ditonton di Facebook setiap hari.
Terdapat kira-kira 1 billion pengguna Facebook setiap bulan. 80 juta pula menggunakan Facebook Lite, versi Facebook untuk negara-negara yang masih membangun dan hanya mempunyai akses Internet berkelajuan rendah.
Facebook kini mempunyai sekitar 2.5 juta pengiklan. Berbillion komen telah ditulis di laman web tersebut dan membuatkan Facebook kini merancang untuk meggalakkan lebih ramai penggunanya menggunakan aplikasi Messenger untuk berkomunikasi.
Facebook kini semakin menyaingi YouTube dari segi tontonan video dan juga semakin berkembang di negara-negara membangun. Ia bukan sahaja menarik perhatian pengguna biasa malah juga turut menarik minat perniagaan.
Facebook juga masih berjaya menarik pengguna-pengguna telefon pintar walaupun terpaksa bersaing dengan aplikasi popular telefon pintar seperti Snapchat dan Instagram.
Dengan masih lagi banyak digunakan dalam kehidupan seharian dan juga kebergantungan banyak aplikasi terhadap Facebook, ia dijangka akan terus berkembang di masa akan datang.
Sumber: TechCrunch

Tiada ulasan:
Catat Ulasan