Sabtu, 23 Januari 2016

Windows 10, Intel bakal memacu permintaan untuk komputer peribadi.

Pertumbuhan negatif dalam pasaran komputer peribadi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemain industri yang kini sedang giat berusaha untuk merancakkannya kembali. Antara teknologi terbaru yang menjadi harapan mereka untuk membantu adalah pengenalan kepada Windows 10 dan teknologi pemprosesan Intel terbaru Skylake.

Walaupun ianya mungkin tidak mencukupi namun Intel, Microsoft dan rakan-rakan perniagaan mereka yang lain sedang berusaha untuk memastikan perniagaan dan pengguna memahami keperluan untuk menaiktaraf komputer peribadi mereka. Pihak Intel percaya bahawa terdapat antara 500-750 juta komputer peribadi yang kini telah berusia antara 4-7 tahun dan merancang untuk melancarkan kempen untuk meyakinkan masyarakat tentang tentang keperluan untuk menaiktaraf komputer peribadi mereka yang mungkin kini telah perlahan, kurang berkuasa dan tidak lagi relevan untuk keperluan semasa.

Intel kini memperkenalkan produk terbaru mereka seperti ultrabook dan pelbagai komputer peribadi terbaru yang lebih berkuasa, kecil dan ringan untuk menggalakkan para pengguna beralih kepada model-model terbaru. Strategi ini kebiasaanya berkesan untuk organisasi perniagaan yang besar. Sebelum ini, apabila Microsoft melancarkan sistem operasi terbaru mereka, pasaran akan cuba membuat penyesuaian terhadap keperluan ini dalam tempoh 3-4 tahun. Apabila pengguna beralih kepada sistem operasi yang baru, mereka juga biasanya akan turut membeli komputer peribadi yang baru. Pihak industri yakin bahawa permintaan untuk segmen komputer peribadi dalam teknologi maklumat akan mula meningkat mulai tahun depan.

Walaubagaimanapun pihak pengguna kini semakin sukar untuk bertindak seperti kebiasaanya. Ini disebabkan banyak komputer peribadi yang berusia ini masih banyak digunakan dan masih beroperasi dengan baik. Ini disebabkan komputer peribadi yang dihasilkan sedekad yang lalu telah dihasilkan dengan kawalan kualiti yang baik. Sememangnya akan ada berlaku masalah dari segi papan litar, perisian, dan storan namun kebanyakannya akan mampu bertahan sehingga 5 tahun atau mungkin lebih lama jika diselenggara dengan baik.

Pihak industri percaya pengenalan beberapa produk baru  Microsoft Surface Pro 3, Dell XPS 13 dan Lenovo Yoga 3 Pro mampu mendapat perhatian.

Sumber: PCMag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan