Pada 15 November 2016, Universiti Multimedia (MMU) telah memetarai 5 Perjanjian Persefahaman bersama pemain industri dalam usaha untuk berkerjasama dalam pembangunan usahawan. Inisiatif ini adalah selari dengan agenda nasional untuk melahirkan usahawan berbanding pencari pekerjaan.
Melalui persefahaman ini, MMU melalui Pusat Pembangunan Usahawan akan berkerjasama bersama syarikat-syarikat seperti Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), The Media Hustler Sdn. Bhd., Giggle Garage Sdn. Bhd., Vizoflux Sdn. Bhd. dan ThinkerBox Sdn. Bhd. Kepelbagaian dalam perkongsian pintar ini memcerminkan kepelbagaian MMU dalam keusahawanan yang dipacu oleh aktiviti berimpak tinggi dalam aktiviti penyelidikan yang kreatif dan inovatif.
Majlis menandatangani MoU tersebut berlangsung semasa perasmian Minggu Keusahawanan Global MMU di Dewan Tun Canselor, MMU Cyberjaya. Turut hadir ialah Academician Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine Ong Soon yang sebelum itu telah merasmikan acara tersebut.
Hari OWASP 2016 telah diumumkan akan berlangsung di Institut Teknologi Maklumat Malaysia (MIIT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 15 hingga 17 November 2016. Program ini adalah dengan kerjasama Projek Aplikasi Keselamatan Web Terbuka (OWASP).
Dengan tema 'Merperkasakan Pengetahuan ke Arah Persediaan Keselamatan', acara yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk menyediakan asas kepada pakar-pakar keselamatan, profesional, pembangun perisian, saintis dan penyelidik dari Malaysia dan seluruh dunia untuk perbincangan secara mendalam dalam isu aplikasi keselamatan yang terkini. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap aplikasi keselamatan web di kalangan masyarakat awam khususnya kepada mereka di institusi pengajian tinggi dan institut penyelidikan.
webe kini mula menawarkan khidmatnya kepada khalayak umum sekarang dan kini sudah mampu memberi liputan lebih dari 50%. Kadar liputan ini dijangka mampu ditingkatkan lagi sehingga 100% menjelang hujung tahun 2016.
68 juta ID pengguna telah dicuri daripada akaun Dropbox. Ini merupakan antara faktor menyebabkan penyimpanan dokumen sensitif di dalam storan perkomputeran awan amat tidak digalakkan.
Hal ini telah dilaporkan sendiri oleh syarikat Dropbox yang menyatakan bahawa hampir 68 juta data pelanggan telah dicuri dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah dibocorkan di Internet. Mereka telah memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan dan meminta pelanggan untuk mengemaskini kata laluan masing-masing.
Mereka masih lagi menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawap menbocorkan maklumat tersebut di Internet. Pihak Dropbox percaya maklumat tersebut telah dicuri sejak tahun 2012 dan terus meminta pelanggan mengemaskini kata laluan masing-masing terutama kepada pelanggan yang tidak pernah membuat kemaskini semenjak tahun 2014.
Mereka juga menasihatkan pelanggan yang menggunakan kata laluan yang sama untuk servis-servis Internet yang lain supaya mengemaskini kata laluan mereka sebagai langkah keselamatan.
Pada awal tahun ini, Dropbox telah melaporkan bahawa sehingga kini kira-kira 500 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyimpan dan berkongsi dokumen perniagaan, gambar, video dan data-data yang lain pada pelayan perkomputeran awan mereka.
Pada 8 Ogos 2016, tiga pelajar dari FCI (Faculty of Computing and Informatics), Universiti Multimedia (MMU) telah memenangi hadiah naib johan pada pertandingan CIMB Data Science Challenge 2016 yang berlangsung di MDEC, Cyberjaya. Para pelajar tersebut ialah Khor Huai Qian, Hii Yong Lian dan Lee Zhen Yong yang menamakan pasukan mereka sebagai MoCHA telah memenangi wang tunai sebanyak RM8,000 pada pertandingan yang berlangsung selama dua hari. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 55 pasukan dari universiti awam dan swasta.
Pada pertandingan tersebut, mereka telah membangunkan strategi pemasaran dan analisis data yang kreatif dan efektif untuk memperkemaskan keupayaan CIMB bagi pemasaran produk dan perhubungan pelanggan dengan menggunakan rangka kerja dan model jangka. Mereka kemudiannya mencadangkan rancangan perniagaan yang menekankan cabaran pertumbuhan perolehan yang dihadapi CIMB.
Juara pertandingan tersebut ialah DatActuary dari Universiti Sunway manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan CLS dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
CIMB Data Science Challenge 2016 ialah pertandingan yang dianjurkan oleh CIMB Group untuk pelajar Malaysia yang belajar di universiti tempatan. Pertandingan ini dianjurkan sebagai sebahagian langkah CIMB untuk mengenalpasti Saintis Data yang bakal meneroka dunia analisa perniagaan.
Pertandingan ini juga bertujuan untuk membangunkan bakat dalam bidang analisa perniagaan dengan mendedahkan peserta dengan cabaran dan halangan dunia sebenar yang dihadapi oleh industri perbankan. Ia memerlukan peserta untuk menyelesaikan masalah perniagaan sebenar menggunakan kepintaran perniagaan berbanding naluri dan membangunkan kemahiran mereka untuk meramal trend perniagaan masa hadapan dengan lebih tepat dan membuat keputusan menggunakan analisis.
Dua pelajar MMU dari Fakulti Cinematic Art (FCA) telah memenangi hadiah di pertandingan filem tempatan dan antarabangsa baru-baru ini.
Pada 27 Mei 2016, Chan Teik Quan melalui filem pendeknya yang berjudul 'Spotlight' telah memenangi anugerah Filem Antarabangsa Terbaik di Festival Filem Take 21 2016 yang dulunya dikenali sebagai Festival Filem Pendek Toronto). Filem tersebut yang dibintangi Adam Zainal dan Sahira Jeffry yang juga merupakan pelajar MMU, telah ditayangkan di Teater Bloor Hot Docs. Take 21 ialah festival filem pelajar yang berpusat di Toronto dan dikhususkan kepada filem pendek yang dihasilkan oleh peserta yang berusia 21 tahun dan ke bawah bagi mempromosikan dan mempamerkan hasil kerja sutradara muda dari seluruh dunia. Semenjak 2006, festival filem tersebut telah menerima penyertaan dari seluruh dunia.
Pada 6 June 2016, seorang lagi pelajar MMU, Thevanesan Kuna Cegeram dan pasukannya telah menggondol hadiah naib juara di Pertandingan Filem Pendek Astro Vaannavil 2015. Beliau telah memenangi hadian wang tunai dan filem pendeknya yang berjudul 'Nine10' akan ditayangkan di saluran Vaanavil. Pertandingan Filem Pendek Astro Vaanavil 2015 dibuka kepada umum dan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pemenang untuk mempamerkan hasil kerja mereka di televisyen. Para peserta mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun dan dibuka untuk semua genre termasuk dokumentari, animasi dan sebagainya.
Pada 14 dan 15 April 2016, Fakulti Pengurusan (FOM) Universiti Multimedia dengan kerjasama Google telah menganjurkan jelajah Google Ignite di FOM Foyer, MMU Cyberjaya. Objektif utama program tersebut adalah untuk menarik minat para pelajar untuk menyertai persijilan Google bagi menambah nilai terhadap prospek karier mereka di masa hadapan, kata Dr. Abdullah Al Mamun Sarwar, pensyarah MMU.
Semasa program tersebut, hampir 100 orang pelajar telah mendaftar dan menyertai latihan pemasaran digital untuk ditauliahkan sebagai pakar platform Google AdWords. Dengan sijil Google AdWords di dalam resume mereka, para pelajar berpeluang untut menyertai syarikat terkemuka Malaysia dan agensi pemasaran online.
MMU telah dijemput sebagai salah satu dari tujuh universiti di Malaysia untuk menyertai Google Ignite semenjak 2015.
Laporan tahunan alam sekitar terbaru Apple melaporkan jumlah hasil yang diperolehi oleh syarikat tersebut dari aktiviti kitar semula peralatan elektronik yang lama. Business Insider mencatatkan bahawa Apple telah berjaya mengitar semula lebih 61 juta pound besi, aluminium, kaca dan bahan-bahan lain daripada komputer dan iPhone. Ini termasuklah sejumlah 2204 pound emas bernilai USD $40 juta mengikut nilai semasa.
Pada Mac lepas, Apple melancarkan robot kitar semula yang dinamakan Liam. Dianggarkan ketika ini lebih 1 billion peranti Apple telah digunakan di seluruh dunia. Sumber: Apple
Sebuah syarikat dengan sekitar 1,000 pengguna Internet mampu kerugian berpuluh juta ringgit dalam bentuk produktiviti setiap tahun jika pekerjanya melayari Internet selama sejam setiap hari.
Secara purata, pekerja pejabat menggunakan 21 jam setiap minggu untuk melayari Internet di pejabat berbanding hanya 9.5 jam seminggu di rumah.
Menurut kaji selidik oleh International Data Corp, 30 - 40% akses internet digunakan untuk melayari laman web yang tidak berkaitan dengan urusan pekerjaan dan sekitar 60% pembelian online dilakukan semasa waktu bekerja.
Statistik juga menunjukkan 70% traffik ke laman web pornografi dilakukan ketika waktu kerja antara 9 pagi - 5 petang.