Pada 14 dan 15 April 2016, Fakulti Pengurusan (FOM) Universiti Multimedia dengan kerjasama Google telah menganjurkan jelajah Google Ignite di FOM Foyer, MMU Cyberjaya. Objektif utama program tersebut adalah untuk menarik minat para pelajar untuk menyertai persijilan Google bagi menambah nilai terhadap prospek karier mereka di masa hadapan, kata Dr. Abdullah Al Mamun Sarwar, pensyarah MMU.
Semasa program tersebut, hampir 100 orang pelajar telah mendaftar dan menyertai latihan pemasaran digital untuk ditauliahkan sebagai pakar platform Google AdWords. Dengan sijil Google AdWords di dalam resume mereka, para pelajar berpeluang untut menyertai syarikat terkemuka Malaysia dan agensi pemasaran online.
MMU telah dijemput sebagai salah satu dari tujuh universiti di Malaysia untuk menyertai Google Ignite semenjak 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan