Selasa, 22 Disember 2015

Cegah Crime Prevention Video Competition 2015

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah menganjurkan pertandingan Cegah Crime Prevention Video Competition pada 16 Disember 2015. Pelajar Cinematic Art Programme (CAP) dari Universiti Multimedia, Muhammad Fikri Mohd Zamri telah memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 dengan video 'The Parking Lot Story'.


Muhammad Fikri, 21, telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan peralatan kamera bernilai RM25,000 dalam acara penyampaian hadiah di Bukit Jalil Golf and Country Resort.

Video pendek yang dihasilkan oleh Muhammad Fikri adalah berdasarkan kisah benar yang telah berlaku kepada rakannya pada tiga tahun yang lalu. "Semasa kejadian, apabila rakan saya baru sahaja selesai shif kerjanya di sebuah pusat membeli belah di Kuantan, dia telah diserang oleh penjenayah yang telah meletakkan bakul sampah di hadapan keretanya." katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa para pelakon di dalam video tersebut adalah ahli keluarganya dan video tersebut merupakan projek keluarganya. Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Avranjit Singh yang telah memenangi wang tunai RM10,000 dan peralatan kamera bernilai RM10,000 dengan videonya yang bertajuk 'iCriminal'. Tempat ketiga pula dimenangi video bertajuk 'Jangan Jadi Sasaran Mudah' yang dihasilkan oleh Kareem Koh Su-Tshung yang memenangi RM5,000 dan peralatan kamera bernilai RM5,000.

Jumaat, 18 Disember 2015

Pertandingan Robot Sumo

Pertandingan Robot Sumo telah diadakan di Karnival Sains, Teknologi, Inovasi & Robotik pada 21 hingga 22 November 2015 bertempat di SK Seafield, Subang Jaya.

Acara tersebut telah dianjurkan oleh Myrobotz Enterprise dengan sokongan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran dan Pusat Sains Negara. Pertandingan ini membuka peluang kepada para pelajar untuk meminba pengalaman bersaing secara sihat dalam aspek rekaan, pembinaan dan prestasi robot mini yang bertarung dalam medan sumo yang direka khas.


Acara ini telah disertai oleh lebih 30 pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia seperti, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia, UniKL MFI, MARA-Japan Industrial Institute dan banyak lagi.

Khamis, 10 Disember 2015

Sukan Siber Malaysia 2015

Sukan Siber Malaysia 2015 akan berlangsung selama 3 hari, bermula dari 11 hingga 13 Disember 2015. Para penggemar permainan siber dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut.


Acara ini dianjurkan oleh TM dan MDEC. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.malaysiacybergames.com

Jumpa anda disana !!

Isnin, 7 Disember 2015

Penarafan Bintang MyRA 2014

Pada 30 November 2015, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menganugerahkan penarafan bintang Malaysia Research Assestment (MyRA) 2014 kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Putrajaya. Keputusan MyRA yang diumumkan telah menganugerahkan perhormatan tertinggi iaitu 6 bintang kepada 5 universiti awam dan 1 universiti swasta.

Universiti-universiti berkenaan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).


5 universiti yang lain telah dianugerahkan 4 bintang iaitu Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), UniRazak, Universiti Monash, University Malaysia Perlis (UniMAP), dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Majlis penganugerah tersebut telah diadakan di majlis Penganugerahan Watikah Penarafan Bintang MyRA 2014 yang telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Semoga anugerah pencapaian ini akan menyemarakkan lagi semangat penyelidikan di universiti awam dan swasta di Malaysia.

Tahniah !

Khamis, 3 Disember 2015

Daripada data maklumat kepada keputusan.

Dalam dunia era digital masakini, jumlah data maklumat yang begitu besar dan pelbagai serta kos perkakasan storan data yang begitu rendah telah menyebabkan jumlah data maklumat yang disimpan seharian adalah begitu besar. Namun begitu, kerja-kerja pengumpulan data masih lagi tidak begitu efektif. Maka, kaedah yang efektif untuk menyimpan dan memproses data-data maklumat ini adalah amat penting untuk membantu dalam penyelesaian masalah dan membuat sesuatu keputusan yang lebih tepat.


Penganalisaan data besar (big data) menggunakan kaedah kepintaran buatan yang mampu membantu dalam penyelesaian permasalahan yang kompleks adalah amat diperlukan.