Isnin, 12 September 2016

Keselamatan ICT #3 - Dropbox

68 juta ID pengguna telah dicuri daripada akaun Dropbox. Ini merupakan antara faktor menyebabkan penyimpanan dokumen sensitif di dalam storan perkomputeran awan amat tidak digalakkan.

Hal ini telah dilaporkan sendiri oleh syarikat Dropbox yang menyatakan bahawa hampir 68 juta data pelanggan telah dicuri dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah dibocorkan di Internet. Mereka telah memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan dan meminta pelanggan untuk mengemaskini kata laluan masing-masing.

Mereka masih lagi menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawap menbocorkan maklumat tersebut di Internet. Pihak Dropbox percaya maklumat tersebut telah dicuri sejak tahun 2012 dan terus meminta pelanggan mengemaskini kata laluan masing-masing terutama kepada pelanggan yang tidak pernah membuat kemaskini semenjak tahun 2014.

Mereka juga menasihatkan pelanggan yang menggunakan kata laluan yang sama untuk servis-servis Internet yang lain supaya mengemaskini kata laluan mereka sebagai langkah keselamatan.

Pada awal tahun ini, Dropbox telah melaporkan bahawa sehingga kini kira-kira 500 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyimpan dan berkongsi dokumen perniagaan, gambar, video dan data-data yang lain pada pelayan perkomputeran awan mereka.

Sumber: The Star Online | Tech