Laporan tahunan alam sekitar terbaru Apple melaporkan jumlah hasil yang diperolehi oleh syarikat tersebut dari aktiviti kitar semula peralatan elektronik yang lama. Business Insider mencatatkan bahawa Apple telah berjaya mengitar semula lebih 61 juta pound besi, aluminium, kaca dan bahan-bahan lain daripada komputer dan iPhone. Ini termasuklah sejumlah 2204 pound emas bernilai USD $40 juta mengikut nilai semasa.
Pada Mac lepas, Apple melancarkan robot kitar semula yang dinamakan Liam. Dianggarkan ketika ini lebih 1 billion peranti Apple telah digunakan di seluruh dunia.
Sumber: Apple