Pada September tahun lepas, Menteri Kewangan Finland, Alexander Stubb menafikan kedudukan negara itu telah terjejas di Eropah dari aspek ekonomi walaupun keadaan semasa menunjukkan pertumbuhan yang perlahan. Walaubagaimanapun, senario industri permainan menunjukkan perkembangan yang sihat walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.
Mengikut laporan pada tahun 2015, 179 studio permainan telah diwujudkan pada tahun 2011 sehingga 2014 dan 69 peratus studio permainan tersebut berusia kurang dari 5 tahun. Nilai industri tersebut telah mencecah 1 billion di Finland pada 2014, sedikit peningkatan dari tahun 2013 berbanding hanya 250 juta pada 2012.
Dengan diterajui Supercell dan Rovio, Finland kini telah menempa nama dalam industri permainan. Namun begitu, kesan kepada ekonomi masih lagi kurang memberansangkan.
Pada Januari lepas, Microsoft telah mengambil alih Minecraftedu, permainan berasaskan pendidikan. Tera Ojenpera, bekas Naib Presiden Perkhidmatan Nokia dan pengasas bersama Visionplus berkata Finland telah memulakan langkah lebih awal sebenarnya.
"Asas telah dimulakan lebih 10 tahun yang lalu, bermula dari usaha Nokia dan beberapa pemain kecil yang lain. Ianya telah membina asas pengetahuan yang kini telah bersedia untuk berkembang. Ia bermula dengan Angry Bird yang berjaya mengambil peluang dan kini diikuti Supercell yang juga telah melepasi jangkaan."
"Semenjak permainan ular dilengkapkan kepada telefon Nokia, Finland telah menerajui permainan mudah alih dan ini benar-benar membantu menyemarakkan peralihan telefon mudah alih daripada hanya digunakan semata-mata untuk tujuan komunikasi. Bakat-bakat yang muncul dari Nokia telah membantu memenuhi peluang yang terbuka dari kemunculan telefon pintar." kata Elina Arponen, Pengerusi Persatuan Pembangun Permainan Finland.
Kombinasi bakat dari Nokia dan cuaca sejuk yang memaksa fokus kepada aktiviti dalam rumah dan pejabat juga dikatakan sebagai faktor penyumbang.
"Gabungkan bersama bekas-bekas jurutera Nokia yang berbakat yang dimiliki Finland dan apa yang anda perolehi adalah permainan yang hebat. Juga cuaca sejuk dan gelap semasa musim sejuk menyebabkan anda tidak boleh berbuat perkara lain selain membuat permainan video." kata Lauri Jarvilehto, CEO syarikat permainan pendidikan Lightneer.
Sumber: TechCrunch
Rabu, 10 Februari 2016
Selasa, 2 Februari 2016
Alphabet Mengatasi Apple untuk Menjadi Syarikat Paling Bernilai di Dunia
Syarikat induk Google, Alphabet kini merupakan syarikat paling bernilai di dunia. Samada ia merupakan satu langkah bijak untuk Google menubuhkan syarikat induk itu masih menjadi tanda tanya sehinggalah hari ini. Sekarang sudah jelas ianya merupakan satu langkah yang tepat.
Syarikat tersebut baru sahaja melaporkan pendapatan sebanyak US$ 21.33 bilion, meningkat 18 peratus berbanding tahun lalu. Kejayaan itu bermakna mereka berjaya mengatasi Apple untuk pertama kalinya. Ini juga bermakna syarikat yang paling bernilai pada masa ini mungkin satu syarikat yang kita tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
Sumber: Wired

Isnin, 1 Februari 2016
MMU Nusajaya, Iskandar Puteri dilancarkan oleh Menteri Besar Johor
Pada 25 Januari 2015, Universiti Multimedia (MMU) telah melakar satu lagi sejarah apabila kampus ketiga MMU Nusajaya di Iskandar Puteri, Johor telah dirasmikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor. Perasmian kampus ini telah mengukuhkan lagi reputasi MMU sebagai pencetus perubahan kepada negara. Ini adalah satu penghormatan sekali lagi kepada MMU yang sebelum ini telah membuka kampus di Cyberjaya dan Melaka.
Turut hadir bagi menyaksikan acara perasmian tersebut adalah Tun Zaki Tun Azmi, Canselor MMU; Tan Sri Dato' Ir. Muhammad Radzi Hj Mansor, Pro-Canselor MMU; Tan Sri Dato' Seri Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM/MMU; Prof. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, Naib Presiden (Akademik) MMU; Prof. Dr. Elizabeth Daley, Dean of School of Cinematic Arts (SCA), University of Southern California (USC) dan lebih 200 tetamu jemputan.
Melahirkan kegembiraannya di majlis pelancaran tersebut, Mohamed Khaled berkata, "Kampus ini akan membuka lembaran baru dalam pengembangan kreativiti di Malaysia kesinambungan dari kewujudan keperluan baru terhadap tenaga kerja untuk menghasilkan kandungan cinematik yang berkualiti. Saya yakin sepenuhnya MMU Nusajaya akan memacu perkembangan bakat dalam menghasilkan juruanimasi, penyelidik, pendidik, penulis, editor, pakar bunyi dan eksekutif yang bertaraf dunia".
Kampus tersebut dibina bertujuan untuk menawarkan program kursus Sarjana Muda Seni Sinematik (CAP), program khusus Fakulti Seni Sinematik (FCA). Memulakan operasinya pada tahun 2014, CAP telah dibangunkan dengan kerjasama SCA untuk melahirkan generasi baru pakar visual di Malaysia dan Asia. Di kawasan 45,000 kaki persegi, kampus ini boleh menampung sehingga 500 orang pelajar dan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelajarnya seperti perpustakaan digital/pusat sumber media, galeri, makmal pos produksi, pentas rakaman, studio rakaman, dan bengkel.

Langgan:
Ulasan (Atom)